Friday, August 28, 2009

Petang Yang Sangat Menguji Kesabaran!

Cerita ni terjadi kat office aku siang tadi. Macam hari-hari yang biasa, aku sampai ofis pukul 7.15 am, masuk keje pukul 7.30, kerja gomen, macam tu la. Aku memang WP1 dari awal masuk keje sampai sekarang. Hari yang dilalui sama je macam biasa, hari-hari deal dengan public yang macam-macam kerenah. Benda biasa je bagi aku. Ade yang baik, baik sangat, ade yang mean, mean sangat seperti yang aku alami petang tadi.

Aku ni bukanlah jenis yang cepat hot-temper punya orang. Satu ofis tau tu. Nak gelak gak aku dengar bila bos aku kata aku orang yang paling sabar kat ofis ni, sebab tu dia asyik letak aku kat kaunter pertanyaan je sampai sekarang, naik jelak gak aku. Nasib baik dapat penghargaan dan pujian dari public, agak menaikkan semangat aku gak la untuk bekerja untuk gomen ni. Kaunter pertanyaan kat department aku tu kiranya kaunter maut la. Sape boleh stay kat situ lelama kira hebat ar, aku la tu. Okay, ni macam cite bangga diri je. Stop! Stop!

Petang tadi masa waktu rehat sembahyang Jumaat, waktu pejabat masih berjalan macam biasa. Bagus tak bagusnya Imigresen ni aku tak tau la. Macam biasa, aku kat kaunter pertanyaan ganti Diana sebab dia ade hal kena naik Unit. Masa aku kecah-kecah nak layan public ni, ade sorang akak ni bertudung dengan muka berlagaknya nak tanya procedure transfer fail dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung. Ok, bagi korang yang tak tau, ni aku nak kasi tau. Kalau kau tinggal kat Sabah/Sarawak dan ada maid yang didaftarkan di Imigresen Sabah/Sarawak, bila kau pindah ke Semenanjung, kau tak boleh nak simply renew permit maid kau macam biasa. Kau mesti buat pindah fail. Pindah fail ni kiranya macam fresh maid application la. Kau kena isi semua borang permohonan maid yang Imigresen tetapkan, bagi semua supporting documents yang berkaitan kecuali tak perlu bagi laporan perubatan maid kau dari negara sumber, eg; Indonesia, Kemboja, Filipina etc. Sebabnya? Data majikan takkan wujud langsung dalam sistem Imigresen di Semenanjung. Aku tak pasti mengapa. Mungkin sistem yang digunapakai di Sabah/Sarawak tak sama dengan sistem yang digunakan di Semenanjung. Aku tau memang agak pelik sebab Sabah/Sarawak kan satu Malaysia gak, dan Imigresen kan satu Malaysia, nape tak link? Aku tak tau nak jawab ape kalau public tanya cenggini, aku just jawab sistemnya berlainan dengan Semenanjung jadi kena bukak fail majikan yang baru kalau dah berpindah ke Semenanjung. Huh, one Malaysia kunun.

So nak dijadikan cerita, akak ni dan husbandnya dulu keje di Sarawak. Sekarang, akak ni je dapat posting ke Semenanjung, husbandnya bakal menyusul la tapi tak tau bila. So akak ni tanya la aku, boleh ke dia nak isi borang tu and daftarkan nama dia as majikan, bukan nama suami. Ok, ni lagi aku nak bagitau. Kalau kau dah berkahwin, wajibul-ghunnah maid tu mesti didaftarkan atas nama suami kau walaupun gaji kau 10k dan gaji laki kau hanyalah 1k, STILL, kena letak atas nama husband kau jugak walau macamana kau tak puas hati pun, tetap kena bubuh nama suami sebagai majikan. Kecuali suami kesayangan kau dah meninggal dunia atau kamu berdua dah bercerai, barulah kau boleh hooorayyyy daftarkan maid tu atas nama kau, yakni ISTERI. Kisahnya, akak ni berkeras gak nak bubuh nama dia sebagai majikan. Aku pass pada Wawa untuk explainkan procedure pindah fail ni pada akak tu sebab aku agak busy entertain public lain. So far so good, die macam faham dan blah.

Beberapa ketika kemudian, sedang aku dan Wawa syok layan perasaan, tetiba akak ni datang kat kaunter aku sambil bagi henpon murahan die (maaf, aku bukan nak mengutuk tapi kau Pegawai Kerajaan, tak mampu ke nak beli henpon yang sesuai dengan kedudukan kau?), dengan berlagaknya cakap "Puan, ni suami saya nak cakap jap..". First of all, nape panggil aku puan? Walaupun aku Pegawai, panggillah aku Cik, sah-sah kau lagi tua dari aku. Tapi takpe, aku faham, itu panggilan hormat. Aku agak keberatan nak jawab panggilan dia tu sebab kami Pegawai Kerajaan tidak dibenarkan bercakap dengan orang awam melalui telefon, takut disalahertikan. Tapi aku fikir, ah, takpela, takde orang pun, apa salahnya jawab. So aku yang baik hati ni pun jawablah panggilan suami dia tu walaupun dalam hati merungut-rungut cakap "apelagi la ni..."..

AKU: Hello...
SUAMI AKAK TU: Hello. Hello. Ni orang mana? (dengan slang BM Sarawak yang kunun hebat la..Podacit!)
AKU: Haaa...??
SUAMI AKAK TU: Siapa ni?
AKU: Elliana.. ya?
SUAMI AKAK TU: Elliana..orang mana?
AKU: (aku macam agak pelik lak apesal nak tanya aku orang mana..apehal lak laki dia ni. nak ngorat aku ke??) Haa...??
SUAMI AKAK TU: Kamu orang Sarawak ke Semenanjung? Semenanjung ye?

Waktu ni aku iyekan je..

SUAMI AKAK TU: Ni saya tak puas hati ni. Bulan 6 hari tu saya ada datang bercakap dengan pegawai pasal benda ni. Dia kata boleh kalau saya tak datang masa hantar application, isteri saya saja yang datang hantar pun boleh. Tapi sekarang kenapa bila isteri saya datang tanya, kata tak boleh pulak?!
AKU: Dengan pegawai mana encik bercakap dulu?
SUAMI AKAK TU: Dengar la saya cakap dulu! Saya tak habis cakap lagi. Tak penting pegawai mana yang saya tanya, masalahnya penerangan yang diberikan dulu tu bercanggah dengan apa yang saya faham. Tu yang saya tak puas hati. Saya pun orang kerajaan jugak. Pasal pegawai macam awak la ramai orang awam komplen servis kerajaan sebab bagi salah penerangan. Bila orang komplen, marah lak!

Watefak?! Aku mula menyirap sebab apehal tetiba public ni marah aku?

AKU: Iyelah! Yang encik tetiba nak marah-marah saya ni apehal? Saya tak tahu dengan siapa encik tanya waktu tu, saya takde. Sebab tu saya tanya dengan siapa encik bercakap, mungkin dia staff baru ke, silap bagi penerangan ke. Mungkin encik tanya general questions, so pegawai tu pun jawab generally jela. Ade encik tanya pasal signature majikan dan cara isi borang sume?
SUAMI AKAK TU: Ada! Saya dah tanya in details dah. Dia kata boleh je. Saya tak perlu datang. Awak tak tahu ke saya ni busy, bukan boleh selalu datang semenanjung. Saya ni orang penting kat kementerian saya (watefak? ade aku kesah kau orang besar ke hape? kementerian kau bukan kementerian aku!), awak jangan nak main-mainkan saya. Saya ni educated, bukan orang kampung. Saya pun keje kerajaan macam awak, saya tau la procedure! (ohhh puh-leaseeeee.....! perlu la kau nak bagitau sume orang yang kau ni sangat educated dan penting supaya aku takut? blah la wei!).
AKU: Iye saya faham... (aku boleh bersabar tahap langit ke tujuh dah ni walaupun ikut ati aku nak baling je henpon murahan bini dia tu!) tapi itu procedure dia. Memang betul encik tak perlu hadir masa submit forms, isteri encik saja datang pun dah boleh dah. Pasal signature tu, kalau encik unavailable, isteri encik boleh pos atau faxkan, encik just sign dan fill up forms je... tak payah datang ofis kami.
SUAMI AKAK TU: Saya faham la yang itu, masalahnya procedure awak tu dah menyusahkan orang awam macam saya ni! Orang ni cakap ini, orang tu cakap itu, yang susahnya orang awam macam kami ni, terkejar ke sana ke mari. Tak boleh ke isteri saya je yang isi form tu? You should make it less hassle.. (bla bla bla speaking and marah aku dalam English macam la aku ni bodoh sangat tak reti speaking..)
AKU: (aku geram aku jawab balik dalam English dengan nada nak nangis ni...) Yes, it's true your wife can fill up the forms on your behalf. But the thing is, she cannot put her name as the employer, so she cannot sign the papers. She can name herself as the employer depending on two situations only. It's either she has been divorced or the husband has passed away, only then she can be named as the employer. If you are still married, you are the one who have to sign the forms and be the employer. Just sign and your wife can come to the office to submit the application.
SUAMI AKAK TU: Is there any other way because the previous officer talked to me differently. (ni salah satu spesis public bodoh sombong taknak ngaku salah dah la tak paham procedure pastu nak marah-marah and then nak blame kita balik!)
AKU: That's the only procedure, sir. We need your original signature.
SUAMI AKAK TU: Saya tak puas hati ni. Bagi saya no telefon ofis awak.
AKU: 03-55.......
SUAMI AKAK TU: Nama awak?
AKU: Elliana...
SUAMI AKAK TU: Ketua Bahagian awak?
AKU: Puan blablabla....
SUAMI AKAK TU: I don't want to take names today but I have to (amek la kau nak nama atok nenek aku skali ke amek la like I care!), I'm gonna talk to your Ketua Bahagian. You should make things simpler. There's a miscommunication, I want to query your boss..I'm an educated person (again, do you have to mention it everytime?), saya duduk bandar. Bayangkan kalau orang kampung yang tanya soalan awak semua jawab macam-macam, bukan ke menyusahkan orang?(Blablabla...ceramah Jumaat die la watefak!) Macam nila...17 September ni ofis awak bukak ke? Saya sendiri nak datang hantar application.
AKU: Eh, bukan ke encik kata encik keje kerajaan, takkan ofis bukak ke tutup ke encik tak tau? Mestila bukak! Bukannya cuti pun! (aku memang sound tahap kurang hajar gile dah waktu ni even kawan-kawan yang dengar pun terkejut denga nada suara aku time tu!)
SUAMI AKAK TU: Don't talk to me like that. I'm giving you a warning. So ofis awak tak tutup, saya akan datang 17 September ni hantar borang.
AKU: Ok. Boleh.
SUAMI AKAK TU: Ok Elliana, saya minta maaf la. Saya bukan nak marah-marah pun, cuma saya tak puas hati ada miscommunication sebelum ni. Kalau macam tu, biar nanti saya sendiri datang hantar borang dan tanya soalan. Nanti saya suruh isteri saya jumpa bos awak.
AKU: (selepas beristghfar banyak-banyak... bulan puasa..) Ok, saya pun minta maaf kalau ade salah faham tadi. Memang procedure dia begitu. Kalau encik nak mudah atau tak puas hati, jumpa la ketua bahagian saya nanti minta jasa baik dia untuk pecepatkan proses ke ape..
SUAMI AKAK TU: Yes, I will. Will you pass the phone to my wife?


Aku denga jeliknya bagi henpon murahan tu pada akak tu balik sambil jeling dia. Aku tau Pegawai Kerajaan tak patut buat begitu pada orang awam tapi untuk public yang sebegitu berlagak dan tolol, aku rasa mereka deserve layanan begitu. Aku tensen dengan public yang begini. Kau nak gunakan pangkat dan pelajaran kau untuk threaten aku? Pleaseeeee la! Bukan nak berlagak tapi bapak aku pun Pegawai Kerajaan tinggi. Aku pun ade degree, bukanlah dungu sangat seperti yang kau sangkakan. Tapi aku takdela berlagak macam kau sikit-sikit nak mention kedudukan kau. Blah la. Sememangnya aku tak sabar nak tunggu 17 September ni nak jumpa public yang kununnya berpangkat tinggi dan berpelajaran tinggi tu. Nak sangat aku tengok jawatannya. Pegawai Diplomatik ke? Ketua Pengarah ke? Menteri ke? Busy sangat sampai nak sign dan fax dokumen pun takde masa. Kalau Pegawai Tinggi, takkan kau takde PA nak tolong fax dokumen? Bodoh! Kalau kau setakat pegawai kerajaan gred 22, tak payah nak berlagak la dengan aku. Kau dengan bini kau yang sama-sama berlagak pandai tu boleh pergi mati. Aku rasa, baik lagi aku bagi penerangan dengan orang kampung daripada menerangkan kepada orang bandar yang terlebih pandai macam kau. Disebabkan orang-orang macam ni la procedure sering berubah-ubah dan jadik makin complicated. Semuanya nak cepat dan mudah, kalau boleh terus datang ofis, bagi pasport je dah terus lulus application tak payah isi borang or buat apa-apa, goyang kaki tau-tau 5 minit semua dah nak settle. Bodoh!

Aku stress tau keje macamni. Janganlah korang kata keje gomen ni rilek je. Penat gak tau, lagi letih sebab expectation dari public sangat tinggi. Lambat sikit, akan dikomplen kunun tak buat keje asyik berborak je. Aku tak tau la jabatan lain macam mana. Tapi bahagian aku ni, memang kalau keje kena tip top sampai naik K.O. aku bila balik rumah. Tapi aku bersyukur sebab aku masih lagi mempunyai pekerjaan tetap, dengan kerajaan lagi. Memang bonus la, lebih-lebih lagi di usia aku yang tak berapa nak tua ni. Jadi, hargailah kerja anda. Ceh ceh...

Sunday, August 23, 2009

The Attire

It's almost confirmed I'm gonna wear jilbab during my nikah ceremony and lacey dress during my wedding reception. Why almost? Because I haven't paid anything yet before I received the final assessment from them. I've made a booking with Al-Hijaab regarding the jilbab. It is custom made. I've sent my measurements already together with my choice of color, which is in ivory. Currently, they stopped accepting tailoring orders during the whole month of Ramadhan, work will only be resumed after the fasting month ended. I have no problems with that because I am not rushing.



This is the jilbab, just imagine it in ivory and round neck. It comes with matching shawl. I might buy a lacey headcover to drape on top of the shawl. I know it's too plain but I'll accessorise with chunky blings. Let's just see how it goes.



I'll buy this dress probably in the middle of September, when I receive the bonus. Hehehe. I've took the measurements already, and the bustline shouldn't be too low. I don't want the guests keep staring at my boobs. Otherwise, I'll get a smack from Johan.

Owh, did I tell you that I've received the veil I ordered online? It's a 2-metre, floor length, gorgeous ivory mantilla veil and I might be wearing it with my lacey wedding reception dress. Hihi. All for RM37 plus shipping from HK. Cheap, right? Talk about budget wedding.

Candy Buffet

More info from Simply Stated.

Do you think it's appropriate for me to set up a candy buffet for the wedding reception? I love candies, I know it'll be a big hit among kids but I'm not too sure about the grown ups. My friends would definitely love it sebab mereka pun sengal dan selalu sugar rush macam saya but the others? Especially the older ones? Huhu. But I can't resist the colourful candies, it would make a good prop for deco as well.

From what I read from the internet regarding candy buffet is.. we shouldn't limit the candies to our wedding color. The candies should have various colors possible and should be placed in different jars. For matured guests, a selection of candies consists of M&Ms, Cadburys, mints and toffees would suit them while for kids, you can throw in practically everything. Lollipops, hard candy, etc. And make sure you've provided scoops, boxes or small plastic bags for your guests to self-fill up with candies.

This is fun. I should discuss with Johan. Wheeeeee!

Birdnest as Wedding Favor

Modern brides tend to choose doorgifts that are practical and useful for their guests. The same goes with me. Personally, I prefer edible wedding favors for my guests. I don't believe in decorative items as doorgift. Not all of your guests have the same taste as you, and deco items will be collecting dusts if they have no ideas on how to use them and soon they'll be visiting the trash. So it's not practical after all.

At first, I wanted to give a gigantic bahulu (ok, I'm exaggerating here) as doorgift for my guests, with handmade black box and red ribbons but Johan's cousin chose it earlier as doorgifts during her wedding few months back. So, I must resort to another options. Johan's mother insists on having eggs as wedding favor, I can't literally say NO because after all, the moms gotta have the votes and it's her son's wedding too. I can't simply butt in and object, plus egg is the traditional Malay wedding favor and symbolises fertility.

I made frequent research on the beloved Google and I'm thinking of giving birdnest filled with egg(s) for my guests. It's cheap and it has egg(s) in it. Yeay! I scouted and found a local site that sells birdnest. Too bad it's not edible. I wish the nest could be edible, eg; nest made in wajik or cakar ayam. They are traditional and my Johorean side would be delighted. Hehehe. I did ask aound and most of them are expensive. So the answer is NO. I'm on budget.


Pictures are from Google Image

I can fill the nest with telur puyuh, telur ayam, telur masin or even egg-shaped chocolates. The choices are endless and they are cute. Aren't they? I know many brides have made this as their wedding favor but heck, I still want it for my wedding. It's unique and still traditional. Most of all, it suits my future in-law's requirements. Hehehe.

Saturday, August 22, 2009

Living with In-Laws

Before I go further, let me clarify that all that is written here is purely based on my thoughts. No offense please.

Living with in-laws, some might say NO! Some might say ok (tapi dalam hati sebenarnya tak nak), some would say nak!nak! and some just don't bother. So which category I fall into? I should say, I'm in the second category. I don't say I don't mind living with in-laws. I do mind, a lot actually. When I told my friends that I'm going to stay with Johan's family after we get married, I received various feedbacks. Most of them have doubts of me living around in-laws.

Why? Because I'm kinda lepas balik kerja, duduk dalam bilik diam-diam, mandi, turun makan dan tidur pukul 10. Usually at home during weekends, I wake up at 9am. Kununnya nak balas dendam sebab weekdays asyik bangun awal pukul 5.30 pagi dan pergi kerja pukul 6.20 pagi. So di situ, tak cukup tidur. And at home, I'm a bit pampered. A bit, ok! Not always. Mom's a housewife like FOREVER in her life, so she tends to manage everything in the house. I did help occasionally, lipat baju, bersihkan kandang kucing-kucing saya yang gemok tu, sidai baju, cuci toilet, kemas bilik, only when I have the time. And I hardly cook. Mom prepares everything, I wanted to help sometimes but she just have this habit of prefers not having helpers around her. So that's why she does everything herself and I will only help her when she calls for, which is rare. So that explains, why friends find it a bit impossible for me to live with in-laws.

Kalau duduk bersama dengan in-laws, kena bangun awal. Tak mungkin kau nak tidur exceeding 7am, even on weekends. Kurang sopan nampaknya. Nanti apa pulak in-laws akan kata. Dan kena rajin ke dapur menolong apa yang patut. This should be no problem, I like to cook just malas je. And I guess, I have the same habit like my mom does. I prefer to operate alone, not having helpers. Rasanya akan jadi lagi kucar-kacir bila ade helpers. Bersama in-laws, apa yang kau selalu buat kat rumah kau dengan ibu bapa kau sendiri agak terbatas. Mungkin juga sangat terbatas. Kalau di rumah selalu berseluar pendek ke hulu ke hilir ke atas ke bawah, tapi bila dengan in-laws, takkan kau nak pakai macam tu? Lagi-lagi depan bapa mertua. Tapi saya rasa pakai macam tu depan ibu mertua lagi mengundang maut berbanding bapa mertua. Ye tak? Nak tak nak, kau kena beli stok seluar panjang dan t-shirt loose banyak-banyak. Tak pun pakai je baju kelawar. Jangan mimpi lagi kau nak beli baju dan seluar tidur cantik-cantik kat FOS. Kalau in-laws jenis tak kisah sebab mereka pun lebih kurang takpe, kalau tidak, awas! Tapi semoden-moden mana pun in-laws, mereka pasti tak mahu menantu mereka pakai boxer di rumah.

Lagi satu, takkan kau nak online je dan tengok tv sepanjang hari di rumah dan goyang kaki macam kau selalu buat kat rumah ibu bapa kau? Makan depan tv lagi baring-baring, gelak kuat-kuat tengok Senario. Kurang sopan. Nak tak nak, kau kena jadi perempuan melayu terakhir. Lepas tu bila keluar jalan-jalan tengok wayang dengan suami, in-laws akan pandang je. Kenapa? Sebab dah tiap-tiap minggu asal cuti Sabtu Ahad je korang keluar tak lekat kat rumah asyik makan sedap-sedap kat luar. Dah jadik kes menantu malas lak. Nanti kawan-kawan nak datang melawat atau saudara-mara kau nak menjenguk pengantin baru pun agak kurang selesa sebab in-laws ada. Nak buat party tupperware dengan member kamcing pun susah. Kalau bestfriend kau yang kepoh datang nanti dapat jelingan maut lagi sebab bising sangat bile berborak. Haih. Bila duduk dengan in-laws, terpaksa berlakon banyak. Hipokrit. To tell you the truth, I much prefer to stay alone with my husband after we get married. We are at free to do everything and anything we like, and anywhere too. Mom always tell me, "bila dah kawen nanti, duduk la berdua. Cari la rumah sendiri, sewa la rumah kecik dulu flat pun takpe, lagipun duduk berdua je. Kalau boleh jangan duduk dengan family. Menantu perempuan dengan menantu lelaki tak sama situasinya bila duduk dengan mertua".

Haih...macamana ni?

Red and Black Reception

As planned, we are going to use black and red for the wedding reception's theme color. Somehow, we haven't decided who's family going to wear red and who's going to wear black. But most probably, my family will be wearing black. Hahaha. Glamourous black ok, not dead-mourning black. ;p

I'm in the midst of searching for vendors who can provide black and red tablecloth/chair cover. It's a bit difficult to find one, maybe because this color combination is still a bit new in Malaysia, or people just don't find it appealing for wedding. But tell me just whatever, I still find these colors glamourous. But I don't want gothic-lookalike event like Elyana's engagement ceremony. Total turn off!

The only vendor (I've stumbled upon to) that have everything that I wanted in red and black mode is Puteris. I'm gonna contact her to ask for quotation. Do let me know if you brides/future brides out there have any other options for me. Your help is very much appreciated!


Pictures courtesy of Puteris flickr. I love these combination. It looks less gothic because of the white tablecloth.

Thursday, August 6, 2009

Post Jiwa Kacau!

Hari ini saya rasa tiada mood sungguh tapi bila tengok blog kesayangan terdampar kesepian tanpa sebarang update, maka haruslah diceriakan sedikit walaupun hati empunya blognya tidaklah seceria mana.

Jangan ditanya mengapa post kali ini diadaptasikan di dalam bahasa Melayu. Saja-saja hendak mengomel rasanya. Lebih molek berbicara dalam bahasa kebangsaan kita.

Semalam merupakan hari terakhir adik-adik saya yang baru balik kursus berpraktikal di Shah Alam. Teringat zaman saya buat praktikal sebulan selepas balik kursus. Ok Elly, tak perlu nak cerita kau sendiri tahu sudah. Hehehe. Maka, kami bercadang untuk makan tengahari beramai-ramai semasa rehat yang sangat singkat dalam masa 1 jam apa sangatlah yang dapat dibuat. Buat pesanan pun, 30 minit kemudian baru makanan tiba ke meja. Makan laju-laju macam esok sudah tiada lagi sebab takut Puan marah, lambat masuk pejabat. Padahal Puan pun tak sedar kami lambat masuk 15 minit. Bersungguh-sungguh aje kami berlari-lari anak dari SACC ke PKNS menaiki tangga untuk ke office di tingkat 2 bersama perut yang memboyot dengan makanan. Kalau tahu, selamba dog saja kami berjalan tak perlu nak rushing.





Petang itu sebelum balik, ada lagi sesi penggambaran. Mahu bergambar kenangan dengan Elly cantik (eh!) the mentor yang kononnya banyak memberi tunjuk ajar padahal Elly cantik (eh lagi!)lebih banyak berborak dengan mereka dan kanak-kanak praktikal itu lebih banyak jadi sukarelawan untuk menghantar pasport kepada Rasyid the cashier mahupun ke belakang untuk mengambil fail kelulusan. Tipu ni praktikal lah sangat!




Malam itu sangat bosan. Tidur sebentar dan SMS Didi, ajak keluar. Tidur lagi, kemudian Didi balas SMS kata nak keluar. Saya bangun, drive ke Shah Alam ambil Didi dan ajak Ummi sekali dan Joshua. Pergi makan daging di Williams sehingga ke lewat malam kerana terlalu asyik berborak, meluahkan perasaan dan sedikit girl talk. Saya bergaduh lagi dengan Johan kali ini sangat hebat, hati sangat sedih tapi kena cekal jangan mengikut perasaan sangat. Adik-adik (Didi dan Ummi), terima kasih sebab bagi kakak Elly cantik (eh perasan!) makan daging demi melawan kesedihan. Ummi kamu makan banyak ayam, kakak kempunan.

Muka sedikit berminyak kerana stress (Elly, kau jangan nak buat alasan. Kalau tak comel mengaku sahaja!)

Sunday, August 2, 2009

Tiaras

Yesterday we went out to scout the potential halls for our wedding reception. I am very delighted to see the Putrajaya halls. Sayang please...mahu dewan yang itu boleh kah?

Anyways, today's topic is about tiara, crown, whatever you want to call 'em. I'm not a fan of tiaras. I've always thought of wearing birdcage veil instead of the normal long veil with crown on top. But seeing that long veil would make a good prop for photography and it would be too dull without any headpiece, so tiara would be a good option to complete the look.

I browsed on Ebay this whole day and thought of getting a tiara online. Many wouldn't agree with me because I have this fetish for buying wedding stuffs online. In fact, I just bought an akad nikah veil thru Ebay last 2 days. Can't wait for it to arrive. Shall post pictures of it once I get my hands on it.

There are a few options of tiara which have been shortlisted by me. Cewah! I really cannot decide. So again, I shall need help from Johan to choose. Hehehehe..




My personal favourite would be the last picture. It looks kinda Statue of Liberty punya crown. Hahaha! These are priced at $11 including shipping. Uber cheap, right? I know there are cheaper options out there in Jln TAR, but I just love the comfort of shopping online.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP