Petang Yang Sangat Menguji Kesabaran!
Cerita ni terjadi kat office aku siang tadi. Macam hari-hari yang biasa, aku sampai ofis pukul 7.15 am, masuk keje pukul 7.30, kerja gomen, macam tu la. Aku memang WP1 dari awal masuk keje sampai sekarang. Hari yang dilalui sama je macam biasa, hari-hari deal dengan public yang macam-macam kerenah. Benda biasa je bagi aku. Ade yang baik, baik sangat, ade yang mean, mean sangat seperti yang aku alami petang tadi.
Aku ni bukanlah jenis yang cepat hot-temper punya orang. Satu ofis tau tu. Nak gelak gak aku dengar bila bos aku kata aku orang yang paling sabar kat ofis ni, sebab tu dia asyik letak aku kat kaunter pertanyaan je sampai sekarang, naik jelak gak aku. Nasib baik dapat penghargaan dan pujian dari public, agak menaikkan semangat aku gak la untuk bekerja untuk gomen ni. Kaunter pertanyaan kat department aku tu kiranya kaunter maut la. Sape boleh stay kat situ lelama kira hebat ar, aku la tu. Okay, ni macam cite bangga diri je. Stop! Stop!
Petang tadi masa waktu rehat sembahyang Jumaat, waktu pejabat masih berjalan macam biasa. Bagus tak bagusnya Imigresen ni aku tak tau la. Macam biasa, aku kat kaunter pertanyaan ganti Diana sebab dia ade hal kena naik Unit. Masa aku kecah-kecah nak layan public ni, ade sorang akak ni bertudung dengan muka berlagaknya nak tanya procedure transfer fail dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung. Ok, bagi korang yang tak tau, ni aku nak kasi tau. Kalau kau tinggal kat Sabah/Sarawak dan ada maid yang didaftarkan di Imigresen Sabah/Sarawak, bila kau pindah ke Semenanjung, kau tak boleh nak simply renew permit maid kau macam biasa. Kau mesti buat pindah fail. Pindah fail ni kiranya macam fresh maid application la. Kau kena isi semua borang permohonan maid yang Imigresen tetapkan, bagi semua supporting documents yang berkaitan kecuali tak perlu bagi laporan perubatan maid kau dari negara sumber, eg; Indonesia, Kemboja, Filipina etc. Sebabnya? Data majikan takkan wujud langsung dalam sistem Imigresen di Semenanjung. Aku tak pasti mengapa. Mungkin sistem yang digunapakai di Sabah/Sarawak tak sama dengan sistem yang digunakan di Semenanjung. Aku tau memang agak pelik sebab Sabah/Sarawak kan satu Malaysia gak, dan Imigresen kan satu Malaysia, nape tak link? Aku tak tau nak jawab ape kalau public tanya cenggini, aku just jawab sistemnya berlainan dengan Semenanjung jadi kena bukak fail majikan yang baru kalau dah berpindah ke Semenanjung. Huh, one Malaysia kunun.
So nak dijadikan cerita, akak ni dan husbandnya dulu keje di Sarawak. Sekarang, akak ni je dapat posting ke Semenanjung, husbandnya bakal menyusul la tapi tak tau bila. So akak ni tanya la aku, boleh ke dia nak isi borang tu and daftarkan nama dia as majikan, bukan nama suami. Ok, ni lagi aku nak bagitau. Kalau kau dah berkahwin, wajibul-ghunnah maid tu mesti didaftarkan atas nama suami kau walaupun gaji kau 10k dan gaji laki kau hanyalah 1k, STILL, kena letak atas nama husband kau jugak walau macamana kau tak puas hati pun, tetap kena bubuh nama suami sebagai majikan. Kecuali suami kesayangan kau dah meninggal dunia atau kamu berdua dah bercerai, barulah kau boleh hooorayyyy daftarkan maid tu atas nama kau, yakni ISTERI. Kisahnya, akak ni berkeras gak nak bubuh nama dia sebagai majikan. Aku pass pada Wawa untuk explainkan procedure pindah fail ni pada akak tu sebab aku agak busy entertain public lain. So far so good, die macam faham dan blah.
Beberapa ketika kemudian, sedang aku dan Wawa syok layan perasaan, tetiba akak ni datang kat kaunter aku sambil bagi henpon murahan die (maaf, aku bukan nak mengutuk tapi kau Pegawai Kerajaan, tak mampu ke nak beli henpon yang sesuai dengan kedudukan kau?), dengan berlagaknya cakap "Puan, ni suami saya nak cakap jap..". First of all, nape panggil aku puan? Walaupun aku Pegawai, panggillah aku Cik, sah-sah kau lagi tua dari aku. Tapi takpe, aku faham, itu panggilan hormat. Aku agak keberatan nak jawab panggilan dia tu sebab kami Pegawai Kerajaan tidak dibenarkan bercakap dengan orang awam melalui telefon, takut disalahertikan. Tapi aku fikir, ah, takpela, takde orang pun, apa salahnya jawab. So aku yang baik hati ni pun jawablah panggilan suami dia tu walaupun dalam hati merungut-rungut cakap "apelagi la ni..."..
AKU: Hello...
SUAMI AKAK TU: Hello. Hello. Ni orang mana? (dengan slang BM Sarawak yang kunun hebat la..Podacit!)
AKU: Haaa...??
SUAMI AKAK TU: Siapa ni?
AKU: Elliana.. ya?
SUAMI AKAK TU: Elliana..orang mana?
AKU: (aku macam agak pelik lak apesal nak tanya aku orang mana..apehal lak laki dia ni. nak ngorat aku ke??) Haa...??
SUAMI AKAK TU: Kamu orang Sarawak ke Semenanjung? Semenanjung ye?
Waktu ni aku iyekan je..
SUAMI AKAK TU: Ni saya tak puas hati ni. Bulan 6 hari tu saya ada datang bercakap dengan pegawai pasal benda ni. Dia kata boleh kalau saya tak datang masa hantar application, isteri saya saja yang datang hantar pun boleh. Tapi sekarang kenapa bila isteri saya datang tanya, kata tak boleh pulak?!
AKU: Dengan pegawai mana encik bercakap dulu?
SUAMI AKAK TU: Dengar la saya cakap dulu! Saya tak habis cakap lagi. Tak penting pegawai mana yang saya tanya, masalahnya penerangan yang diberikan dulu tu bercanggah dengan apa yang saya faham. Tu yang saya tak puas hati. Saya pun orang kerajaan jugak. Pasal pegawai macam awak la ramai orang awam komplen servis kerajaan sebab bagi salah penerangan. Bila orang komplen, marah lak!
Watefak?! Aku mula menyirap sebab apehal tetiba public ni marah aku?
AKU: Iyelah! Yang encik tetiba nak marah-marah saya ni apehal? Saya tak tahu dengan siapa encik tanya waktu tu, saya takde. Sebab tu saya tanya dengan siapa encik bercakap, mungkin dia staff baru ke, silap bagi penerangan ke. Mungkin encik tanya general questions, so pegawai tu pun jawab generally jela. Ade encik tanya pasal signature majikan dan cara isi borang sume?
SUAMI AKAK TU: Ada! Saya dah tanya in details dah. Dia kata boleh je. Saya tak perlu datang. Awak tak tahu ke saya ni busy, bukan boleh selalu datang semenanjung. Saya ni orang penting kat kementerian saya (watefak? ade aku kesah kau orang besar ke hape? kementerian kau bukan kementerian aku!), awak jangan nak main-mainkan saya. Saya ni educated, bukan orang kampung. Saya pun keje kerajaan macam awak, saya tau la procedure! (ohhh puh-leaseeeee.....! perlu la kau nak bagitau sume orang yang kau ni sangat educated dan penting supaya aku takut? blah la wei!).
AKU: Iye saya faham... (aku boleh bersabar tahap langit ke tujuh dah ni walaupun ikut ati aku nak baling je henpon murahan bini dia tu!) tapi itu procedure dia. Memang betul encik tak perlu hadir masa submit forms, isteri encik saja datang pun dah boleh dah. Pasal signature tu, kalau encik unavailable, isteri encik boleh pos atau faxkan, encik just sign dan fill up forms je... tak payah datang ofis kami.
SUAMI AKAK TU: Saya faham la yang itu, masalahnya procedure awak tu dah menyusahkan orang awam macam saya ni! Orang ni cakap ini, orang tu cakap itu, yang susahnya orang awam macam kami ni, terkejar ke sana ke mari. Tak boleh ke isteri saya je yang isi form tu? You should make it less hassle.. (bla bla bla speaking and marah aku dalam English macam la aku ni bodoh sangat tak reti speaking..)
AKU: (aku geram aku jawab balik dalam English dengan nada nak nangis ni...) Yes, it's true your wife can fill up the forms on your behalf. But the thing is, she cannot put her name as the employer, so she cannot sign the papers. She can name herself as the employer depending on two situations only. It's either she has been divorced or the husband has passed away, only then she can be named as the employer. If you are still married, you are the one who have to sign the forms and be the employer. Just sign and your wife can come to the office to submit the application.
SUAMI AKAK TU: Is there any other way because the previous officer talked to me differently. (ni salah satu spesis public bodoh sombong taknak ngaku salah dah la tak paham procedure pastu nak marah-marah and then nak blame kita balik!)
AKU: That's the only procedure, sir. We need your original signature.
SUAMI AKAK TU: Saya tak puas hati ni. Bagi saya no telefon ofis awak.
AKU: 03-55.......
SUAMI AKAK TU: Nama awak?
AKU: Elliana...
SUAMI AKAK TU: Ketua Bahagian awak?
AKU: Puan blablabla....
SUAMI AKAK TU: I don't want to take names today but I have to (amek la kau nak nama atok nenek aku skali ke amek la like I care!), I'm gonna talk to your Ketua Bahagian. You should make things simpler. There's a miscommunication, I want to query your boss..I'm an educated person (again, do you have to mention it everytime?), saya duduk bandar. Bayangkan kalau orang kampung yang tanya soalan awak semua jawab macam-macam, bukan ke menyusahkan orang?(Blablabla...ceramah Jumaat die la watefak!) Macam nila...17 September ni ofis awak bukak ke? Saya sendiri nak datang hantar application.
AKU: Eh, bukan ke encik kata encik keje kerajaan, takkan ofis bukak ke tutup ke encik tak tau? Mestila bukak! Bukannya cuti pun! (aku memang sound tahap kurang hajar gile dah waktu ni even kawan-kawan yang dengar pun terkejut denga nada suara aku time tu!)
SUAMI AKAK TU: Don't talk to me like that. I'm giving you a warning. So ofis awak tak tutup, saya akan datang 17 September ni hantar borang.
AKU: Ok. Boleh.
SUAMI AKAK TU: Ok Elliana, saya minta maaf la. Saya bukan nak marah-marah pun, cuma saya tak puas hati ada miscommunication sebelum ni. Kalau macam tu, biar nanti saya sendiri datang hantar borang dan tanya soalan. Nanti saya suruh isteri saya jumpa bos awak.
AKU: (selepas beristghfar banyak-banyak... bulan puasa..) Ok, saya pun minta maaf kalau ade salah faham tadi. Memang procedure dia begitu. Kalau encik nak mudah atau tak puas hati, jumpa la ketua bahagian saya nanti minta jasa baik dia untuk pecepatkan proses ke ape..
SUAMI AKAK TU: Yes, I will. Will you pass the phone to my wife?
Aku denga jeliknya bagi henpon murahan tu pada akak tu balik sambil jeling dia. Aku tau Pegawai Kerajaan tak patut buat begitu pada orang awam tapi untuk public yang sebegitu berlagak dan tolol, aku rasa mereka deserve layanan begitu. Aku tensen dengan public yang begini. Kau nak gunakan pangkat dan pelajaran kau untuk threaten aku? Pleaseeeee la! Bukan nak berlagak tapi bapak aku pun Pegawai Kerajaan tinggi. Aku pun ade degree, bukanlah dungu sangat seperti yang kau sangkakan. Tapi aku takdela berlagak macam kau sikit-sikit nak mention kedudukan kau. Blah la. Sememangnya aku tak sabar nak tunggu 17 September ni nak jumpa public yang kununnya berpangkat tinggi dan berpelajaran tinggi tu. Nak sangat aku tengok jawatannya. Pegawai Diplomatik ke? Ketua Pengarah ke? Menteri ke? Busy sangat sampai nak sign dan fax dokumen pun takde masa. Kalau Pegawai Tinggi, takkan kau takde PA nak tolong fax dokumen? Bodoh! Kalau kau setakat pegawai kerajaan gred 22, tak payah nak berlagak la dengan aku. Kau dengan bini kau yang sama-sama berlagak pandai tu boleh pergi mati. Aku rasa, baik lagi aku bagi penerangan dengan orang kampung daripada menerangkan kepada orang bandar yang terlebih pandai macam kau. Disebabkan orang-orang macam ni la procedure sering berubah-ubah dan jadik makin complicated. Semuanya nak cepat dan mudah, kalau boleh terus datang ofis, bagi pasport je dah terus lulus application tak payah isi borang or buat apa-apa, goyang kaki tau-tau 5 minit semua dah nak settle. Bodoh!
Aku stress tau keje macamni. Janganlah korang kata keje gomen ni rilek je. Penat gak tau, lagi letih sebab expectation dari public sangat tinggi. Lambat sikit, akan dikomplen kunun tak buat keje asyik berborak je. Aku tak tau la jabatan lain macam mana. Tapi bahagian aku ni, memang kalau keje kena tip top sampai naik K.O. aku bila balik rumah. Tapi aku bersyukur sebab aku masih lagi mempunyai pekerjaan tetap, dengan kerajaan lagi. Memang bonus la, lebih-lebih lagi di usia aku yang tak berapa nak tua ni. Jadi, hargailah kerja anda. Ceh ceh...